PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA (LELAKI & PEREMPUAN) TERMASUKLAH KEPADA PELAJAR SELURUH UNIVERSITI DI MALAYSIA
Kempen bro MC 2 telah bermula.Fakulti dan Kolej adalah sasaran kami.Nantikan kami mengetuk setiap pintu kegelisahan ANDA.Berminat tapi tiada masa untuk sms kepada kami?Pendaftaran boleh dilakukan terus disana.Masih banyak kekosongan untuk ANDA isi!Jangan tunggu lagi!Daftar sekarang!
Brotherhood of Muslim Camping 2010 kali ke-2
Tarikh
: 5 Februari 2010 - 7 Februari 2010
Tempat :Janda Baik , Pahang
Setiap penyertaan disertakan dengan sijil

Tuesday, October 27, 2009

8 TIPS UNTUK SAYA DAN ANDA !

1.Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di kampus, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di kampus dan rumah ataupun kolej, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di kampus mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah ataupun kolej. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke kampus atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke kampus.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.



6. Elakkan Terbabit Dengan Situasi Yang Boleh Mengganggu Perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

8.Solat hajat dan taubat

Sebagai tambahan,saya meletakkan solat sebagai tunjang untuk menempuh ujian.solat hajat agar dipermudahkan menempuh peperiksaan dan solat taubat agar hati,jiwa dan naluri bersih dari segala kekotoran yang selama ini menggelapkan hati kita.Amalkan surah Ar-Rahman jika hati tidak tenang.


Read more...

Sunday, October 18, 2009

Mencari Teman Ke Syurga




Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.

"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami" 

Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan?

Saidina Umar mengatakan, "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya" Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.

Namun, berusahakah kita untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik? MENJADI TEMAN KE SYURGA dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang layak bagiNya.

Ayuh, jom perbaiki diri!!-----BRO-MC

Read more...

Saturday, October 17, 2009

Musibah Padang: Tazkirah daripada Allah


HAMPIR dua minggu berlalu namun memori hitam di sebalik bencana tragis gempa bumi berkekuatan 7.9 pada skala Ricther yang memusnahkan bumi Minang Padang, Pariaman Sumatera Barat, Indonesia pasca musibah pada 30 September 2009 seolah-olah sukar dilupakan.Gempa bumi yang berlaku bukan sahaja meragut nyawa, memusnahkan harta benda, malah mengundang kesengsaraan umat Islam yang tidak dapat digambarkan melalui luahan perasaan.Mungkinkah masih wujud ruang dan peluang, bagi mengembalikan jati diri umat Islam lainnya sebagai seorang Muslim, bermuhasabah diri dan bersikap empati serta simpati terhadap nasib masyarakat Padang?

Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, nescaya Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim nescaya Allah SWT akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat kelak. Allah SWT sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya. (riwayat Muslim)

Namun bagi sebahagian umat Islam yang telah kehilangan gagasan dan pola pemikiran Islam yang sebenar dan produktif, tatkala mendengar permasalahan baru perasaan mereka nyata tidak tersentuh, nurani mereka tidak terusik terhadap musibah dan bencana yang menimpa saudara mereka iaitu umat Islam sendiri.
Mereka bagai kehilangan penyertaan untuk memberi bantuan. Adakalanya tidak memberi perhatian sama ada dalam bentuk sumbangan kemanusiaan seperti derma kilat, bantuan makanan, pakaian atau mendoakan kesejahteraan mangsa musibah.

Terpaterikah di dalam sanubari mereka akan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh sebab itu,marilah sama-sama kita kuatkan ukhwah sesama Muslim supaya kita akan lebih peka dan merasa perasaan saudara kita samada sedih,sakit,gembira dan sebagainya.
JOM JOIN BRO-MC.

Read more...

Friday, October 16, 2009

Pengembaraan Merentas Masa Bermula

Assalamualaikum buat semua pengunjung.

    Minggu ini adalah minggu yang paling sibuk buat semua mahasiswa Universiti Malaya.Minggu mahasiswa sibuk berjumpa dengan mentor masing-masing,minggu menghantar assignment last minute,minggu menghabiskan presentation dalam masa yang sama adalah minggu yang paling padat dengan pelbagai macam aktiviti.Akan tetapi,jangan kita abaikan masa-masa yang terluang dalam kesibukan dengan mendekat diri kepada Allah.Lumrahnya,kita sebagai manusia hanya mendekatkan diri kepada Allah hanya apabila dilanda kesusahan dan bagi mahasiswa pula,musim peperiksaan sahaja musim yang malam-malamnya terisi dengan solat hajat dan istikharoh.Melebihi malam seribu bulan dibulan Ramadhan.Percaya atau tidak,minggu peperiksaan nanti anda jengah balai-balai Islam disetiap kolej.Setiap hari selepas maghrib,pasti takkan ada ruang untuk anda jika anda terlewat.

    Suasana penuh ta'zim ini sangat indah walaupun hanya berlaku sekali dalam setiap semester.Suasana ilmu memenuhi perpustakaan utama Universiti Malaya yang selama 11 bulan sebelum bulan peperiksaan hanya ulat buku menjadi pengunjungnya.Yang penting disini,kita benar-benar menjadi mahasiswa pada waktu itu.Walaupun belajar dan menghafal hanya untuk mendapatkan CGPA 3.0 keatas dan melengkapi jam kredit pengajian kita.Apapun yang anda semua lakukan untuk menghadapi peperiksaan,ingat pesan saya ini.Buku dan kuliah hanya tali untuk kita mendapat kecemerlangan dunia. Tetapi iman dan taqwa,tali untuk kita mencapai kemenangan dan kebahagiaan di akhirat.

Wallahua'lam.

Read more...

Saturday, October 10, 2009

Ucapan Pengarah Bro-MC '09

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan rahmatNya kita masih diberikan nikmat yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta ke atas para sahabat baginda.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah dan merakamkan penghargaan serta terima kasih kepada Jawatankuasa Pelaksana Program Brotherhood of Muslim ’09 kerana telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini walaupun masing-masing mempunyai tugas yang lain, tambahan pula tempoh untuk peperiksaan juga semakin hampir.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengajak sahabat-sahabat yang berada di dalam Universiti Malaya dan juga seluruh kampus di Malaysia supaya menyertai program yang akan dijalankan ini. Saya berani jamin, anda semua tidak akan merasa rugi. Banyak aktiviti yang cukup menarik yang telah kami rancang untuk anda semua. Anda sukakan aktiviti lasak??? YA!!! Kami ada sediakan. InsyaAllah,kami akan menyediakan banyak outdoor games seperti kayak, explorace, jungle tracking dan lain-lain lagi. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!

Saya rasa,inilah masa yang sangat sesuai bagi kita semua yang berada di Universiti Malaya ini untuk melepaskan segala masalah dan tension selepas bertarung dengan exam. Saya juga amat berbesar hati dan mengalu-alukan penyertaan daripada kampus lain. Sekian dahulu kata-kata daripada saya, kita jumpa di sana nanti. InsyaAllah....

Read more...

Monday, October 5, 2009

Pengenalan Bro MC 09

Firman Allah s.w.t :
“Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Al- Hujurat : 10)

Atas kesedaran kepentingan persaudaraan Islam kepada segenap mahasiswa Universiti Malaya,kami mengambil inisitaf untuk mengadakan kem Islami yang bertemakan persaudaraan atau dalam bahasa Arabnya ialah Ukhuwwah.Sebuah ikatan yang mesti dijalinkan dan dieratkan dikalangan mahasiswa Islam.“ Ukhuwah Membentuk Kesatuan Ummah” dipilih bagi menjayakan ‘BROTHERHOOD of MUSLIM CAMP’ kem Islami ini.

Sasaran adalah kepada mahasiswa Universiti Malaya keseluruhannya.Ini kerana,mahasiswa adalah agen penyebaran dakwah Islamiyyah kepada masyarakat diluar sana.Pembentukan peribadi muslim mestilah bermula daripada alam kampus lagi.Aktiviti yang berbentuk motivasi,kepimpinan dan kerohanian ini insya’ Allah akan membantu mahasiswa untuk menjadi ‘manusia’ dan menghadapi karenah dunia luar setelah tamat pengajian nanti.Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi bukan sahaja berguna kepada mahasiswa itu sendiri tetapi sebagai tambahan kepada ilmu yang diperolehi daripada bilik-bilik kuliah.

Kami menampilkan motivator dan penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk menjadi mentor sepanjang kem ini berlangsung.Pengisian yang akan dijalankan menyeimbangi keperluan rohani dan jasmani mahasiswa.Namun,ianya bukanlah seperti kem biasa yang padat dengan kuliah semata-mata.Kem Islami ini akan dipenuhi dengan aktiviti yang pelbagai seperti Team Building,Outdoor,Explorace dan sebagainya.Aktiviti-aktiviti yang diharapkan dapat memenuhi keperluan jasmani,emosi,rohani dan intelek mahasiswa.

Akhir kata,semoga kem Islami ini mendapat barokah daripada Allah dan dipermudahkan perlaksanaannya.Insya’ Allah.

Read more...
Penyertaan terbuka kepada semua mahasiswa Universiti Malaya dan juga kepada mahasiswa kampus lain.Lebih ramai,lebih bagus.Pengalaman dapat,ilmu pun dapat dan ukhuwah terikat
Pendaftaran untuk bro MC 2 dibuka sekarang sehingga 21 November 2009.Anda boleh berhubung dengan :
1. Kamilin (Pengarah) 014-8390849
2. Ain (Tim.pengarah)013-9139594
3. Munirah (Perhubungan awam) 013-9659075
4. Safwan (Perhubungan awam) 014-8408219

Sms nama,fakulti,alamat semasa,ic,no matrik anda atau emel ke BoMC09@gmail.com

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP