PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA (LELAKI & PEREMPUAN) TERMASUKLAH KEPADA PELAJAR SELURUH UNIVERSITI DI MALAYSIA
Kempen bro MC 2 telah bermula.Fakulti dan Kolej adalah sasaran kami.Nantikan kami mengetuk setiap pintu kegelisahan ANDA.Berminat tapi tiada masa untuk sms kepada kami?Pendaftaran boleh dilakukan terus disana.Masih banyak kekosongan untuk ANDA isi!Jangan tunggu lagi!Daftar sekarang!
Brotherhood of Muslim Camping 2010 kali ke-2
Tarikh
: 5 Februari 2010 - 7 Februari 2010
Tempat :Janda Baik , Pahang
Setiap penyertaan disertakan dengan sijil

Wednesday, March 3, 2010

BRO MC 2 KINI BERADA DI SAAT KEMUNCAK


ASSALAMUALAIKUM...RAKAN TEMAN SEKALIAN.BRO MC 2 SUDAH MENGHAMPIRI KEPADA HARI KEMUNCAKNYA.KAUNTER PENDAFTARAAN AKAN MENUTUP TIRAI HARI INI 3/3/2010 SEBELUM 12.OO MALAM.KEPADA ANDA YANG INGIN MENGIKUTI PROGRAM INI ,PENDAFTARAN MASIH LAGI DIBUKA SECARA ONLINE ATAU SMS.

- ROAD TO BRO MC 2 -

Read more...

Saturday, February 27, 2010

Rindu Ku Pada Rasulullah




SABAN tahun kita merayakan Sambutan Maulidur Rasul. Ulama' sepakat harus kita menyambutnya melainkan ada unsur-unsur yang menjadikan ia sambutan yang haram. Seperti hari-hari lain, kita perlu sentiasa diingatkan dengan sesuatu peristiwa agar menjadi tauladan sepanjang zaman. Sebab itu, wujudnya sejarah, arkib untuk kita kembali mengingati peristiwa yang besar dan bersejarah, dan yang paling utama Maulidur Rasul, ia merupakan hari yang paling kita kenangi, ingati dan sanjung setiap tahun. Ia bukan hari ulangtahun raja, ulangtahun perkahwinan, ulangtahun jubli mana-mana organisasi, tetapi hari memperingati lahirnya manusia agung, kekasih Allah, manusia yang memberi syafaat, manusia yang dikasihi para nabi dan rasul sebelumnya. Cumanya, jangan hanya meniti dibibir, berarak keliling jalan, berzanji ditengah kepanasan, diberi anugerah tetapi hanya satu kepenatan berbuat demikian sekiranya tanpa diteruskan dengan amalan yang dituntut oleh Nabi Muhamad SAW.

Maulidur Rasul adalah satu tanda kita menyintai Rasul SAW. Bukan sekadar semasa hari lahir baginda, bahkan sepanjang hari, setiap detik dan saat kita sentiasa mengingati jerih baginda dan sentiasa menanam dalam jiwa menyintai baginda. Firman Allah yang bermaksud : "Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaiti nabi-nabi, para siddiqin, syuhada' dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itu teman yang sebaik-baiknya". (An Nisa' ayat 69). Baginda bukan untuk dipuja, untuk disembah tetapi sebagai panduan, murabbi sepanjang masa. Hikmahnya, Allah mewafatkan baginda bagi membuktikan bahawa Nabi Muhamad SAW juga rasul, juga pesanan Abu Bakar kepada sahabat baginda agar tidak mendewakan Rasul SAW kerana ditakuti mereka akan sesat sekiranya Rasul SAW wafat dan begitulah yang terjadi di zaman Abu Bakar lah.A.

Baginda adalah pemimpin bagi orang yang taat, benar, ikhlas dalam memperjuangkan dakwah dan Agama Islam. Hanya mereka yang mengasihi Rasul SAW sedar akan kekurangan diri seterusnya sentiasa menjaga tingkahlaku agar tidak mengguris perasaan Rasul SAW. Manusia perlu menganjak perubahan minda agar lebih efektif dan dinamik, pembentukan syaksiah seiring dengan ilmu yang dipelajari agar tidak menjadi 'korban' atau musibah dari ilmu yang dipelajari.

Mencintai Rasul SAW menjadi satu kewajipan dalam konteks ketaatan, menjadi inspirasi dalam konteks dakwah, sebagai silibus dalam prinsip kehidupan sama ada suka ataupun tidak. Umar Al Khatab pernah ditanya oleh Rasul SAW terhadap siapa yang paling engkau cintai, maka Umar lah.A tidak menyebut Rasul SAW, lalu Rasul SAW menegur dengan sabdanya :"Tidak beriman seseorang sehingga dia mencintai aku lebih daripada dirinya sendiri". Lalu Umar lah.A menukar pengakuan dengan mengatakan beliau mencintai Baginda melebihi diri sendiri dan sanak saudara. Penghayatan nilai-nilai nabawi inilah yang berjaya membawa watak yang setia, jujur dan beriman dikalangan sahabat baginda. Dengan ini, kita dapat membina seorang insan yang berjiwa kental, beramanah, berbudaya ilmu, berfikiran dinamik, berdaya saing, berperikemanusiaan dan sentiasa menanam semangat roh jihad yang menjadi asas kekuatan Tamadun Islam berkurun lamanya pada masa yang lampau. Semua ini adalah pengajaran yang didapati dari sirah perjuangan dan keperibadian Nabi Muhammad SAW.

Maulidur Rasul, hari yang penuh berakah ini disebut oleh Ibn Kathir dalam kitabnya bahawa "Malam kelahiran Nabi Agung ini adalah satu malam yang penuh berkat, penuh kemuliaan, keagungan, alam yang diterangi cahaya yang indah serta seluruh makhluk bergembira pada saat tersebut. Inilah malam yang tidak ternilai harganya bagi pengikut setia Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Allah dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas Rasul SAW melalui firman Allah yang bermaksud :"Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi Muhamad SAW dan berilah salam dengan kesungguhan yang nyata". (Al Ahzab ayat 56). Ini merupakan sanjungan Allah terhadap Muhamad SAW dihadapan para malaikat.

Akhirnya, marilah kita sama-sama memohon kepada Allah agar mengukuh landasan yang dibina dan ditinggalkan oleh baginda SAW tidak diseleweng dan dicantas serta dihalang oleh mereka yang takut pada perjuangan Islam. Menjadikan kita sebagai pengikut setia yang sentiasa memahami apa yang diperintah dan menjauhi segala larangan baginda dan menghimpunkan kita daripada umatnya di akhirat agar baginda mengaku diri kita adalah sebahagian dari umatnya dan kita minta dijauhkan menjadi mereka yang tidak digolongkan dari umat Muhamad SAW. Nauzubillah min zalik. Perayaan Maulidur Rasul ini adalah tanda kasih sayang kita kepada Baginda SAW dan rasa rendah diri dan terima kasih atas nikmat Islam yang kita rasai sekarang. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW yang memberi penyuluh dan syafaat kita di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Read more...

Monday, February 22, 2010

BRO MC 2 KINI KEMBALI...

Salam rakan-rakan sekalian.Untuk makluman sekalian PMIUM kali ini meneruskan kembali satu program iaitu BRO MC 2 untuk menjadi medan bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman.Kali ini BRO MC 2 tampil dengan pelbagai aktiviti dan pengisian untuk ANDA.Nantikan kemunculan kami dalam sesi ROADSHOW yang akan diadakan di setiap kolej ANDA.Penyertaan kini telah dibuka.Jadilah peserta antara 200 yang terawal.Jangan lepaskan peluang ini bagi suatu perjalanan menarik ini.Ayuh ajak rakan-rakan anda sertai kami.

Read more...

Thursday, November 19, 2009

BRO MC SEMAKIN DEKAT

Assalamualaikum kepada semua adik-beradik famili Bro MC.Tanpa kita sedari,minggu peperiksaan semakin menghampiri ke penghujungnya.Selamat bercuti buat mereka yang telah keluar dari belenggu tekanan peperiksaan.Namun,jangan hanya bercuti tanpa membuat sumbangan kepada agama,ibu bapa dan masyarakat.Jangan cemburu buat mereka yang masih meniti kekangan pemusatan otak dan kendiri peperiksaan ini.Saya yakin,ANDA dan Saya juga mampu untuk terus menggapai impian dan meneraju usaha tanpa putus asa.BACA + JAWAB + TAWAKAL = NAJAH!Insya' Allah..

Adik Bradikku sekalian,

Penantian panjang ANDA ke Brotherhood of Muslim Camp pada kali ini akan tiba akhirnya.Hanya tinggal beberapa hari untuk ANDA dan Saya bertemu diKem Sri Raudah nanti.Kem Islami ini diberikan nafas yang sangat baru berbeza dari mana-mana program yang dikendalikan oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.Ini salah satu dari pendekatan PMIUM agar mahasiswa dekat dan kenal mengenali antara satu sama yang lain,mengikat hati agar lebih hampir kepada ikatan ukhuwah kerana Allah dan memperkenalkan dakwah sebagai tanggungjawab buat semua mahasiswa.Pengisian yang akan dijalankan bukan sekadar sebagai tambahan selain daripada kuliah2 biasa,ianya menyajikan pengisian yang Insya' Allah akan berguna kepada semua peserta kelak.Selain daripada itu,aktiviti2 lasak jua ada untuk menguji daya tahan fizikal dan mental disamping mengeratkan persaudaraan diantara peserta dan adik-beradik broMC yang lainnya.

Tidak kurang ada yang bertanya tentang pergaulan disana nanti.Maksud saya,pergaulan antara peserta lelaki dan perempuan.Insya' Allah,kali ini segalanya berbeza.Hampir setiap aktiviti disana nanti akan dipisahkan peserta lelaki dan perempuan.Ini bagi memudahkan peserta untuk menjalankan aktiviti tanpa segan dan malu,mengelak pertembungan aktiviti dan menggalakkan percambahan idea dikalangan peserta.Kecuali,aktiviti lasak yang melibatkan out door ataupun masuk hutan.Pemantauan daripada adhoc lelaki dan pekerja kem diperlukan.Untuk keselamatan semua pihak,yang pastinya.Apapun,diharap pengisian disana dapat dimanfaatkan dalam kehidupan.

Adik Bradikku sekalian,

Usah berasa gusar untuk mengisi kelapangan hujung minggu ini nanti.Andai kalian gusar dan bimbang tidak mampu membayar penyertaan,bayar ansuran pun tidak mengapa.La Ikroha Fidddiin.tiada paksaan pun dalam Islam.( ", )..Allah akan mudahkan mereka yang sanggup berkorban untuk agamaNya..Insya' Allah.....Saya doakan kalian dan Saya akan dimudahkan dalam urusan kehidupan seharian dan perjalanan menuju akhirat nanti.Nampaknya,kalam saya kali ini berhenti sekadar disini.Insya' Allah,nanti saya akan maklumkan kepada semua adik-beradik mengenai persiapan dan perjalanan ke sana.

p/s Moga DIA mudahkan urusan ANDA dan SAYA

Read more...

Tuesday, October 27, 2009

8 TIPS UNTUK SAYA DAN ANDA !

1.Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di kampus, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di kampus dan rumah ataupun kolej, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di kampus mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah ataupun kolej. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke kampus atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke kampus.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.



6. Elakkan Terbabit Dengan Situasi Yang Boleh Mengganggu Perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

8.Solat hajat dan taubat

Sebagai tambahan,saya meletakkan solat sebagai tunjang untuk menempuh ujian.solat hajat agar dipermudahkan menempuh peperiksaan dan solat taubat agar hati,jiwa dan naluri bersih dari segala kekotoran yang selama ini menggelapkan hati kita.Amalkan surah Ar-Rahman jika hati tidak tenang.


Read more...

Sunday, October 18, 2009

Mencari Teman Ke Syurga




Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.

"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami" 

Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan?

Saidina Umar mengatakan, "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya" Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.

Namun, berusahakah kita untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik? MENJADI TEMAN KE SYURGA dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang layak bagiNya.

Ayuh, jom perbaiki diri!!-----BRO-MC

Read more...

Saturday, October 17, 2009

Musibah Padang: Tazkirah daripada Allah


HAMPIR dua minggu berlalu namun memori hitam di sebalik bencana tragis gempa bumi berkekuatan 7.9 pada skala Ricther yang memusnahkan bumi Minang Padang, Pariaman Sumatera Barat, Indonesia pasca musibah pada 30 September 2009 seolah-olah sukar dilupakan.Gempa bumi yang berlaku bukan sahaja meragut nyawa, memusnahkan harta benda, malah mengundang kesengsaraan umat Islam yang tidak dapat digambarkan melalui luahan perasaan.Mungkinkah masih wujud ruang dan peluang, bagi mengembalikan jati diri umat Islam lainnya sebagai seorang Muslim, bermuhasabah diri dan bersikap empati serta simpati terhadap nasib masyarakat Padang?

Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, nescaya Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim nescaya Allah SWT akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat kelak. Allah SWT sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya. (riwayat Muslim)

Namun bagi sebahagian umat Islam yang telah kehilangan gagasan dan pola pemikiran Islam yang sebenar dan produktif, tatkala mendengar permasalahan baru perasaan mereka nyata tidak tersentuh, nurani mereka tidak terusik terhadap musibah dan bencana yang menimpa saudara mereka iaitu umat Islam sendiri.
Mereka bagai kehilangan penyertaan untuk memberi bantuan. Adakalanya tidak memberi perhatian sama ada dalam bentuk sumbangan kemanusiaan seperti derma kilat, bantuan makanan, pakaian atau mendoakan kesejahteraan mangsa musibah.

Terpaterikah di dalam sanubari mereka akan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh sebab itu,marilah sama-sama kita kuatkan ukhwah sesama Muslim supaya kita akan lebih peka dan merasa perasaan saudara kita samada sedih,sakit,gembira dan sebagainya.
JOM JOIN BRO-MC.

Read more...
Penyertaan terbuka kepada semua mahasiswa Universiti Malaya dan juga kepada mahasiswa kampus lain.Lebih ramai,lebih bagus.Pengalaman dapat,ilmu pun dapat dan ukhuwah terikat
Pendaftaran untuk bro MC 2 dibuka sekarang sehingga 21 November 2009.Anda boleh berhubung dengan :
1. Kamilin (Pengarah) 014-8390849
2. Ain (Tim.pengarah)013-9139594
3. Munirah (Perhubungan awam) 013-9659075
4. Safwan (Perhubungan awam) 014-8408219

Sms nama,fakulti,alamat semasa,ic,no matrik anda atau emel ke BoMC09@gmail.com

Saranan ANDA!!


ShoutMix chat widget

Ke Destinasi....


  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP